Sunday, August 3, 2008

Hari Kedua, ketiga dan Majlis Perasmian Program 72 Jam Bersama SPR UTeM


Hari kedua Program 72 Jam Bersama SPR UTeM berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran kira-kira 400 pelajar ke program ini. Aktiviti yang berlangsung pada hari ini ialah Pameran, Pementasan Bermesej, Tayangan Video dan Kuiz pada sebelah siang serta pada sebelah malam berlangsung pula Ceramah “Perpekstif Rasuah di Universiti”(Khas kepada Majlis Tertinggi Kelab/Persatuan, MPP) yang mendapat sambutan hangat daripada kalangan pelajar dan staf UTeM.









Hari ketiga program ini berlangsung dengan jayanya,walaupun terdapat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, namun perkara-perkara ini dapat ditangani dan tidak mencacatkan perjalanan program ini secara keseluruhannya. Kehadiran pelajar melebihi 700 orang secara keseluruhan boleh dianggap membanggakan kerana SPR UTeM adalah pertubuhan baru di UTeM. Tahniah SPR UTeM !

Aktiviti yang berlangsung pada hari ini ialah
Pameran, Pementasan Bermesej, Tayangan Video dan Kuiz pada sebelah pagi serta pada sebelah petangnya menyusul Ceramah “Rasuah oh Rasuah”,Perasmian SPR UTeM berserta Pelancaran Laman WEB SPR UTeM yang gilang-gemilang Oleh Pengarah BPR Melaka,Penyampaian Hadiah kepada pemenang kuiz dan Cabutan Bertuah (tahniah pada yang berjaya) dan akhir sekali Penyampaian Cenderahati di antara BPR Melaka dan pihak SPR UTeM. Untuk makluman, aktiviti perasmian ini mendapat liputan daripada pihak Utusan Malaysia, Sinar Harian dan Melaka Hari Ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak media berkenaan yang membantu memperkenalkan SPR UTeM kepada seluruh rakyat Malaysia.






Secara keseluruhannya kami dari pihak SPR UTeM mengucapkan sekalung penghargaan kepada mereka-mereka yang terlibat menjayakan program ini. Terutamanya kepada pihak BPR Melaka, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UTeM, Biro-biro dan ajk-ajk yang terlibat di dalam menjayakan program ini serta tidak lupa kepada para pelajar dan staf yang sanggup meluangkan masa ke program ini, demi satu tujuan untuk bersama-sama menghapuskan rasuah. Segala kesilapan kami mohon seribu kemaafan dan beri peluang untuk kami perbaiki pada program lain di masa akan datang. InsyaAllah.

"Bersama Kita Hapuskan Rasuah!"

P/S : Selepas ini kami mungkin akan berkunjung ke BPR Putrajaya, nantikan berita-berita terbaru daripada kami.

Wassalam





Monday, July 28, 2008

HARI PERTAMA PROGRAM 72 JAM BERSAMA SPR UTeM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini pada pukul 8 pagi tadi bermulalah Program 72 Jam bersama SPR UTeM.Bertungkus-lumus AJK program menyediakan persiapan terakhir semalam.











Program SPR yang bermula pagi tadi dengan sambutan yang hangat daripada para mahasiswa UTeM.Ini menunjukkan bahawa kita semua bersungguh-sungguh untuk memerangi jenayah rasuah ini.Para pelajar juga turut menandatangani kain rentang menyokong "hapus rasuah".











Program hari ini turut dijayakan dengan Kempen Derma Darah yang berlangsung sehingga pukul 4 petang.Para mahasiswa UTeM telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu menjayakan program pada hari pertama ini.Terima kasih diucapkan.

Lebih paparan untuk hari esok.
Informasi Program 72 Jam bersama SPR UTeM dilaporkan khas untuk anda dari kami SPR UTeM.

"Bersama Kita Hapuskan Rasuah"
"Together We Eradicate Corruption"

Wednesday, July 23, 2008

Program 72 Jam Bersama SPR UTeM 2008


Program 72 Jam Bersama SPR UTeM ini merupakan program terulung dan yang pertama bagi SPR UTeM. Tujuan utama program ini dilakukan selama 72 jam adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan kepada warga UTeM tentang kewujudan Sekretariat Pencegahan Rasuah di UTeM.

Melalui program ini, SPR UTeM akan bekerjasama dengan Badan Pencegah Rasuah Melaka untuk memberikan pendidikan tentang bahaya gejala rasuah di kalangan masyarakat terutamanya bagi graduan- graduan yang akan menempuhi alam pekerjaan.

Kemuncak bagi Program 72 Jam Bersama SPR UTeM ini adalah Majlis Pelancaran Sekretariat Pencegahan Rasuah UTeM. Selama hampir 7 bulan beroperasi, masih ramai lagi warga UTeM yang tidak mengenali peranan SPR di UTeM. Apatah lagi mengetahui tentang kewujudan SPR UTeM.

Program ini akan diadakan di :

Tempat : Kafetaria Kampus Industri UTeM
Tarikh : 28 – 30 Julai 2008

Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang program ini berjalan adalah seperti berikut:
Pertandingan Kata-kata Kreatif
Kempen Derma Darah
Ceramah Rasuah
Penulisan kata ‘Benci Rasuah’ di kain rentang
Tayangan Video
Pameran SPR UTeM
Slogan Kata
Kuiz
Cabutan Bertuah
Pendaftaran Ahli-ahli Baru

Semua dijemput hadir!

"Bersama Kita Hapuskan Rasuah!"

Saturday, July 19, 2008

Latar Belakang SPR UTeM

Penubuhan Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) di semua Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia telah dilancarkan oleh Y.B Dato’ Mustapa Bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada 6 Disember 2007, di Dewan Seri Endon, persint 10, Putrajaya. Majlis pelancaran ini telah dihadiri oleh wakil pihak pengurusan tertinggi Universiti yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni IPTA manakala wakil dikalangan pelajar pula adalah terdiri daripada Ahli JawatanKuasa Penaja SPR IPTA.

Penubuhan SPR di IPTA adalah merupakan satu langkah positif yang dilihat mampu untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya rasuah kepada negara serta melahirkan rasa benci dikalangan mahasiswa kepada amalan rasuah seterusnya diharapkan dapat mencegah amalan rasuah ini dari terus menular ke dalam budaya masyarakat Malaysia. Langkah penubuhan SPR di Institut Pengajian Tinggi Awam ini juga dilihat amat tepat masanya memandangkan IPTA adalah merupakan platform terakhir dalam sistem pendidikan negara sebelum mahasiswa memasuki alam kerjaya yang penuh dengan cabaran.

Visi dan Misi SPR UTeM

1.0 VISI

Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi dengan menjadikan SPR sebagai agen pembanterasan rasuah yang profesional dan unggul.


2.0 MISI

2.1 Menghapuskan jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di Malaysia.
2.2 Memperkukuhkan integriti dan memantapkan kepakaran melalui program pembangunan sumber manusia.

Objektif Penubuhan SPR UTeM

1. Menerapkan nilai anti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di kalangan pelajar IPT.
2. Mendedahkan pelajar kepada program pencegahan rasuah.
3. Menjadikan pelajar IPT sebagai penyampai mesej anti rasuah kepada masyarakat
kampus dan luar kampus.
4. Meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap nilai-nilai integriti semasa menjalankan tugas.
5. Mendidik dan mendedahkan pelajar-pelajar IPT kepada pelaksanaan program-program
kemasyarakatan.
6. Mewujudkan pusat rujukan ilmiah mengenai kesalahan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan serta peranan BPR di dalam menangani jenayah ini.
7. Meningkatkan hubungan mesra di antara BPR dan IPT.

Peranan dan Tanggungjawab SPR UTeM

1. Menyelaras urusan yang berkaitan dengan pelaksanaan Program Pencegahan Rasuah samada
yang dianjurkan oleh Badan Pencegah Rasuah atau Badan- badan pertubuhan pelajar. Ini termasuk penyelarasan mendapatkan penyertaan masyarakat kampus atau hebahan makluman program.

2. Memberikan panduan dan informasi mengenaii cara-cara pengendalian program-program
pencegahan rasuah dan menyampaikan maklumat aktiviti yang dianjurkan.

3. Menjadi organisasi perantara diantara Bahagian Hal Ehwal pelajar, BPR dan pelajar di dalam pelaksanaan program-program pencegahan rasuah.

4. Mewujudkan kemeriahan Sekretariat Pencegahan Rasuah dengan kelengkapan peralatan
publisiti seperti banting, logo, pelekat, risalah an lain-lain bentuk bahan penerbitan.

5. Sebagai pusat aktiviti masa lapang pelajar-pelajar peringkat kampus.