Saturday, July 19, 2008

Latar Belakang SPR UTeM

Penubuhan Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) di semua Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia telah dilancarkan oleh Y.B Dato’ Mustapa Bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada 6 Disember 2007, di Dewan Seri Endon, persint 10, Putrajaya. Majlis pelancaran ini telah dihadiri oleh wakil pihak pengurusan tertinggi Universiti yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni IPTA manakala wakil dikalangan pelajar pula adalah terdiri daripada Ahli JawatanKuasa Penaja SPR IPTA.

Penubuhan SPR di IPTA adalah merupakan satu langkah positif yang dilihat mampu untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya rasuah kepada negara serta melahirkan rasa benci dikalangan mahasiswa kepada amalan rasuah seterusnya diharapkan dapat mencegah amalan rasuah ini dari terus menular ke dalam budaya masyarakat Malaysia. Langkah penubuhan SPR di Institut Pengajian Tinggi Awam ini juga dilihat amat tepat masanya memandangkan IPTA adalah merupakan platform terakhir dalam sistem pendidikan negara sebelum mahasiswa memasuki alam kerjaya yang penuh dengan cabaran.

No comments: