Sunday, November 30, 2008
kUrsUs pEn9UrUsaN oR9aNiSaSi '09'
Thursday, November 13, 2008
Asas Pengurusan Organisasi
Mengurus dan membina matlamat serta hala tuju organisasi bukan perkara yang mudah. Sebagai pemimpin anda harus meneliti setiap sumber yang ada dan “menoropong” lebih jauh apa yang harus dicapai oleh organisasi yang anda pimpin. Organisasi yang tiada halatuju adalah organisasi yang “gagal”.
Disini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimanakah membina serta menentukan matlamat organisasi menikut kaedah “Piramid”. Kaedah piramid ini saya pilih kerana ia lebih memudahkan dan jelas pergerakkanya. OK, cuba anda lihat 2 piramid dibawah ini :
Apa yang anda dapat perhatikan ? Ok, mudah sahaja.
Piramid A - ialah kita bermula dari bawah iaitu menentukan plan tindakan atau gerak kerja organisasi anda. Daripada Plan tindakan tersebut, anda akan membentuk Objektif, Misi dan Visi organisasi anda. Maksudnya didalam Piramid A ini, hala tuju organisasi anda dibentuk bermula dari Plan Gerak Kerja yang dirancang dan akan menentukan Visi organisasi.
Piramid B - ialah kita bermula dari atas iaitu menentukan Visi (dreams) organisasi anda. Daripada Visi tersebut ia akan berkembang membentuk Objektif, Misi Dan Visi organisasi. Maksudnya di dalam Piramid B ini, hala tuju organisasi anda dibina bermula dari Visi (dreams) yang akan membentuk Plan Gerak Kerja anda. Secara tidak langsung setiap aktiviti yang dirancang akan menjurus kepada Visi yang dibentuk diatas tadi. Menarik bukan ….!
Saya juga pernah mengaplikasikan kaedah ini didalam kepimpinan saya.
Selamat Mencuba…….
Dipetik daripada artikel asal Asas Pengurusan Organisasi - Koleksi Hariri Daud
tulisan saudara Hariri Daud.
P/S: Artikel ini ditulis sebagai warm up sebelum ke KPO dan untuk dikongsi bersama.
"Bersama Kita Hapuskan Rasuah!"
Friday, October 31, 2008
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR
Di sini pihak SPR UTeM ingin mengucapkan kepada semua pelajar UTeM semoga maju jaya dalam menempuh peperiksaan akhir yang akan bermula pada 3hb November 2008 ini. Di harapkan apa yang telah dipelajari sepanjang semester ini dapat di aplikasikan bukan saja dalam peperiksaan malah dalam kehidupan harian juga kerana kita belajar bukan kerana peperiksaan semata-mata tetapi untuk masa depan yang masa belum diketahui hujung pangkalnya. Akhir kata dari pihak SPR UTeM, moga apa yang telah dipelajari diberkati tuhan dan selamat menjawab peperiksaan akhir.
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI SPR UTeM 2009
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI SPR UTeM 2009
24-26 NOVEMBER 2008
DIADAKAN DI
D'NELAYAN BEACH RESORT, MELAKA
ANJURAN
SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH UTeM
DENGAN KERJASAMA
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR UTeM
BADAN PENCEGAH RASUAH MELAKA
OBJEKTIF :
- mendedahkan teknik-teknik asas SPR seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran organisasi yang penting diketahui dan diamalkan oleh ahli-ahli sekretariat.
- untuk melahirkan sifat kepimpinan, bertanggungjawab dan mesra di kalangan ahli-ahli SPR UTeM.
- memastikan SPR UTeM mempunyai pelapis yang mantap.
- menanamkan nilai-nilai murni dalam diri mahasiswa ke arah melahirkan masyarakat yang berintergirti.
Akhir kata, diharapkan program ini dapat memberi sesuatu yang berguna kepada semua ahli-ahli sekretariat dan sokongan daripada semua amatlah digalakkan untuk memantapkan lagi organisasi SPR UTeM di universiti ini.
Tuesday, October 14, 2008
Selamat Hari Raya dan cerita baru SPR UTeM
Friday, September 12, 2008
PANGGILAN UNTUK TEMUDUGA AHLI JAWATANKUASA BARU SEKRETARIAT BAGI SESI 2009
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
--TEMUDUGA--
PIHAK PENGURUSAN SPR UTeM AKAN MENGADAKAN SESI PEMILIHAN UNTUK AHLI JAWATANKUASA BARU SEKRETARIAT BAGI SESI 2009 SEPERTI KETENTUAN BERIKUT:
SESI 1
TARIKH : 20/09/2008
HARI : SABTU
MASA : 10.00 AM – 12.00 PM
TEMPAT : BILIK MESYUARAT MPP
SESI 2
TARIKH : 24/09/2008
HARI : RABU
MASA : 1.00 – 3.00 PM
TEMPAT : BILIK MESYUARAT MPP
TERBUKA KEPADA AHLI SPR UTeM & SEMUA MAHASISWA/SI UTeM YANG BERMINAT. KEHADIRAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. SILA BAWA GAMBAR BERUKURAN PASPORT.
:- Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Pazli(017-6832959), Amin(017-9741892), Hafizul(019-5986976)
BERSAMA KITA HAPUSKAN RASUAH!
Wednesday, September 10, 2008
Lawatan Ke BPR Putrajaya (19/08/08)
Pada 19 Ogos 2008 Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia, Putrajaya telah menerima satu lawatan sambil belajar daripada Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka. Objektif lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli sekretariat berkenaan dengan fungsi dan peranan BPR amnya dalam menghapuskan jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di Malaysia di samping tugas-tugas serta peranan yang perlu diambil oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah dalam membantu BPR. Di awal lawatan ahli sekretariat telah dibawa melawat ke galeri BPR dan seterusnya dipertontonkan dengan tayangan video korporat BPR. Taklimat lawatan telah disampaikan oleh PPs. Mohd Nazri bin Hj. Ismail. Persembahan bermesej pula menyusul diakhir lawatan dimana persembahan tersebut telah disampaikan oleh 'penceramah bergitar' PkPs. Mohd Radzi bin Omar.
Objektif lawatan ini diadakan bagi pihak SPR UTeM sendiri ialah:
1. Mengadakan hubungan diplomatik secara terus dengan BPR Malaysia.
2. Merapatkan lagi silaturahim di antara pihak SPR UTeM dengan BPR Malaysia.
3. Menambahkan lagi pengetahuan mengenai peranan Bahagian Pendidikan Masyarakat di BPR.
Gambar Lawatan:
Sunday, August 3, 2008
Hari Kedua, ketiga dan Majlis Perasmian Program 72 Jam Bersama SPR UTeM
Hari kedua Program 72 Jam Bersama SPR UTeM berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran kira-kira 400 pelajar ke program ini. Aktiviti yang berlangsung pada hari ini ialah Pameran, Pementasan Bermesej, Tayangan Video dan
Hari ketiga program ini berlangsung dengan jayanya,walaupun terdapat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, namun perkara-perkara ini dapat ditangani dan tidak mencacatkan perjalanan program ini secara keseluruhannya. Kehadiran pelajar melebihi 700 orang secara keseluruhan boleh dianggap membanggakan kerana SPR UTeM adalah pertubuhan baru di UTeM. Tahniah SPR UTeM !
Aktiviti yang berlangsung pada hari ini ialah Pameran, Pementasan Bermesej, Tayangan Video
Secara keseluruhannya kami dari pihak SPR UTeM mengucapkan sekalung penghargaan kepada mereka-mereka yang terlibat menjayakan program ini. Terutamanya kepada pihak BPR Melaka, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UTeM, Biro-biro dan ajk-ajk yang terlibat di dalam menjayakan program ini serta tidak lupa kepada para pelajar dan staf yang sanggup meluangkan masa ke program ini, demi satu tujuan untuk bersama-sama menghapuskan rasuah. Segala kesilapan kami mohon seribu kemaafan dan beri peluang untuk kami perbaiki pada program lain di masa akan datang. InsyaAllah.
"Bersama Kita Hapuskan Rasuah!"
P/S : Selepas ini kami mungkin akan berkunjung ke BPR Putrajaya, nantikan berita-berita terbaru daripada kami.
Wassalam
Monday, July 28, 2008
HARI PERTAMA PROGRAM 72 JAM BERSAMA SPR UTeM
Hari ini pada pukul 8 pagi tadi bermulalah Program 72 Jam bersama SPR UTeM.Bertungkus-lumus AJK program menyediakan persiapan terakhir semalam.
Program SPR yang bermula pagi tadi dengan sambutan yang hangat daripada para mahasiswa UTeM.Ini menunjukkan bahawa kita semua bersungguh-sungguh untuk memerangi jenayah rasuah ini.Para pelajar juga turut menandatangani kain rentang menyokong "hapus rasuah".
Program hari ini turut dijayakan dengan Kempen Derma Darah yang berlangsung sehingga pukul 4 petang.Para mahasiswa UTeM telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu menjayakan program pada hari pertama ini.Terima kasih diucapkan.
Lebih paparan untuk hari esok.
Informasi Program 72 Jam bersama SPR UTeM dilaporkan khas untuk anda dari kami SPR UTeM.
"Bersama Kita Hapuskan Rasuah"
"Together We Eradicate Corruption"
Wednesday, July 23, 2008
Program 72 Jam Bersama SPR UTeM 2008
Program 72 Jam Bersama SPR UTeM ini merupakan program terulung dan yang pertama bagi SPR UTeM. Tujuan utama program ini dilakukan selama 72 jam adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan kepada warga UTeM tentang kewujudan Sekretariat Pencegahan Rasuah di UTeM.
Melalui program ini, SPR UTeM akan bekerjasama dengan Badan Pencegah Rasuah Melaka untuk memberikan pendidikan tentang bahaya gejala rasuah di kalangan masyarakat terutamanya bagi graduan- graduan yang akan menempuhi alam pekerjaan.
Kemuncak bagi Program 72 Jam Bersama SPR UTeM ini adalah Majlis Pelancaran Sekretariat Pencegahan Rasuah UTeM. Selama hampir 7 bulan beroperasi, masih ramai lagi warga UTeM yang tidak mengenali peranan SPR di UTeM. Apatah lagi mengetahui tentang kewujudan SPR UTeM.
Program ini akan diadakan di :
Tempat : Kafetaria Kampus Industri UTeM
Tarikh : 28 – 30 Julai 2008
Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang program ini berjalan adalah seperti berikut:
Pertandingan Kata-kata Kreatif
Kempen Derma Darah
Ceramah Rasuah
Penulisan kata ‘Benci Rasuah’ di kain rentang
Tayangan Video
Pameran SPR UTeM
Slogan Kata
Kuiz
Cabutan Bertuah
Pendaftaran Ahli-ahli Baru
Semua dijemput hadir!
"Bersama Kita Hapuskan Rasuah!"
Saturday, July 19, 2008
Latar Belakang SPR UTeM
Penubuhan SPR di IPTA adalah merupakan satu langkah positif yang dilihat mampu untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya rasuah kepada negara serta melahirkan rasa benci dikalangan mahasiswa kepada amalan rasuah seterusnya diharapkan dapat mencegah amalan rasuah ini dari terus menular ke dalam budaya masyarakat Malaysia. Langkah penubuhan SPR di Institut Pengajian Tinggi Awam ini juga dilihat amat tepat masanya memandangkan IPTA adalah merupakan platform terakhir dalam sistem pendidikan negara sebelum mahasiswa memasuki alam kerjaya yang penuh dengan cabaran.
Visi dan Misi SPR UTeM
1.0 VISI
Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi dengan menjadikan SPR sebagai agen pembanterasan rasuah yang profesional dan unggul.
2.0 MISI
2.1 Menghapuskan jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di Malaysia.
2.2 Memperkukuhkan integriti dan memantapkan kepakaran melalui program pembangunan sumber manusia.
Objektif Penubuhan SPR UTeM
2. Mendedahkan pelajar kepada program pencegahan rasuah.
3. Menjadikan pelajar IPT sebagai penyampai mesej anti rasuah kepada masyarakat
kampus dan luar kampus.
4. Meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap nilai-nilai integriti semasa menjalankan tugas.
5. Mendidik dan mendedahkan pelajar-pelajar IPT kepada pelaksanaan program-program
kemasyarakatan.
6. Mewujudkan pusat rujukan ilmiah mengenai kesalahan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan serta peranan BPR di dalam menangani jenayah ini.
7. Meningkatkan hubungan mesra di antara BPR dan IPT.
Peranan dan Tanggungjawab SPR UTeM
yang dianjurkan oleh Badan Pencegah Rasuah atau Badan- badan pertubuhan pelajar. Ini termasuk penyelarasan mendapatkan penyertaan masyarakat kampus atau hebahan makluman program.
2. Memberikan panduan dan informasi mengenaii cara-cara pengendalian program-program
pencegahan rasuah dan menyampaikan maklumat aktiviti yang dianjurkan.
3. Menjadi organisasi perantara diantara Bahagian Hal Ehwal pelajar, BPR dan pelajar di dalam pelaksanaan program-program pencegahan rasuah.
4. Mewujudkan kemeriahan Sekretariat Pencegahan Rasuah dengan kelengkapan peralatan
publisiti seperti banting, logo, pelekat, risalah an lain-lain bentuk bahan penerbitan.
5. Sebagai pusat aktiviti masa lapang pelajar-pelajar peringkat kampus.
Struktur Organisasi SPR UTeM
KETUA SEKRETARIAT
Mohd Iskandar bin Md Sulaiman
TIMBALAN KETUA SEKRETARIAT
Mohd Faizal bin Ismail
SETIAUSAHA
Bahtar Affendy bin Omar
NAIB SETIAUSAHA
Siti Khadijah binti Mohamad
BENDAHARI
Mohd Hairulnizam bin Abdul Rahman
NAIB BENDAHARI
Muhammad Idzhar bin Ishak
EXCO CERAMAH
Mohd Zulfabli bin Hassan
EXCO RAKAN MUDA
Mohd Pazli bin Shamsuddin
Mohd Saharuddin bin Noordin
EXCO SEMINAR / FORUM / BENGKEL
Mohd Syaidie Annuar bin Zamani
Shahrin bin Omar
EXCO PIDATO / DEBAT
Amirul bin Yahya
Shaiful Bakhtiar bin Rodzman
EXCO PAMERAN
Rabiatul Adibah binti Abd Rahim
Mohd Farid bin Ghazali
EXCO GERAK MESRA MASYARAKAT
Aminudin bin Abdullah
Afifah binti Mohd Fauzi
EXCO PEMENTASAN BERMESEJ
Syafirul Ikmar Saharudin
EXCO PEMBANGUNAN INSANIAH
Mohd Hafizul Hanif bin Ramlee
Aktiviti dan Program
2. Pameran MHS UTeM 2008/2009
3. Program 72 jam bersama SPR UTeM
4. Lawatan ke BPR Putrajaya
Hubungi SPR UTeM
Ketua Sekretariat
Sekretariat Pencegahan Rasuah
Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Karung Berkunci 1200,
Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka,
Malaysia.
Tel: 062332617 / 2436 (Office Hour)
Faks: 062332441
H/P:012-7675780