Friday, October 31, 2008

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR


Di sini pihak SPR UTeM ingin mengucapkan kepada semua pelajar UTeM semoga maju jaya dalam menempuh peperiksaan akhir yang akan bermula pada 3hb November 2008 ini. Di harapkan apa yang telah dipelajari sepanjang semester ini dapat di aplikasikan bukan saja dalam peperiksaan malah dalam kehidupan harian juga kerana kita belajar bukan kerana peperiksaan semata-mata tetapi untuk masa depan yang masa belum diketahui hujung pangkalnya. Akhir kata dari pihak SPR UTeM, moga apa yang telah dipelajari diberkati tuhan dan selamat menjawab peperiksaan akhir.

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI SPR UTeM 2009

Berikut adalah aktiviti terbaru yang bakal dijalankan oleh SPR UTeM dalam proses untuk memantapkan lagi struktur organisasi bagi sesi 2009 nanti.

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI SPR UTeM 2009
24-26 NOVEMBER 2008

DIADAKAN DI
D'NELAYAN BEACH RESORT, MELAKA

ANJURAN
SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH UTeM

DENGAN KERJASAMA
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR UTeM
BADAN PENCEGAH RASUAH MELAKA


OBJEKTIF :
  • mendedahkan teknik-teknik asas SPR seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran organisasi yang penting diketahui dan diamalkan oleh ahli-ahli sekretariat.
  • untuk melahirkan sifat kepimpinan, bertanggungjawab dan mesra di kalangan ahli-ahli SPR UTeM.
  • memastikan SPR UTeM mempunyai pelapis yang mantap.
  • menanamkan nilai-nilai murni dalam diri mahasiswa ke arah melahirkan masyarakat yang berintergirti.

Akhir kata, diharapkan program ini dapat memberi sesuatu yang berguna kepada semua ahli-ahli sekretariat dan sokongan daripada semua amatlah digalakkan untuk memantapkan lagi organisasi SPR UTeM di universiti ini.

Tuesday, October 14, 2008

Selamat Hari Raya dan cerita baru SPR UTeM




Salam,

  Diharapkan tidak terlewat untuk mengucapkan, Selamat Hari Raya kepada semua pihak daripada  SPR UTeM, harap maafkan salah dan silap sebelum ini. Walaupun berbeza pendapat daripada segi apa pun. Ketepikan itu untuk kemandirian persahabatan dan silaturrahim kita semua. Tak guna kita bergaduh disebabkan berbeza pendapat, kerana masing-masing punya pendirian. Yang penting saling memahami dan hidup harmoni. Kita tak boleh memaksa orang untuk sependapat dengan kita, tapi sekurang-kurangnya kita menghormati prinsip dan pegangan orang lain serta orang lain pun perlu buat begitu kepada diri kita.
  SPR UTeM sekarang dalam perolehan kuasa dan 1 kursus Pemantapan Organisasi akan diadakan pada minggu hadapan untuk menyediakan majlis-majlis tertinggi baru  untuk menggalas tanggungjawab sebagai proksi BPR di UTeM iaitu menjalankan tugas untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya rasuah kepada negara serta melahirkan rasa benci dikalangan mahasiswa kepada amalan rasuah seterusnya diharapkan dapat mencegah amalan rasuah ini dari terus menular ke dalam budaya masyarakat Malaysia. SPR UTeM berkemungkinan akan berpindah ke kampus tetap dalam masa terdekat dan tidak lagi menumpang di bilik Kelab Debat dan Pidato di Kampus Industri. Kami berharap majlis tertinggi baru dan perpindahan ke kampus tetap ini akan dapat menguatkan peranan SPR UTeM dalam mencegah budaya rasuah di IPTA amnya. 
 Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Wassalam

Friday, September 12, 2008

PANGGILAN UNTUK TEMUDUGA AHLI JAWATANKUASA BARU SEKRETARIAT BAGI SESI 2009

SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

--TEMUDUGA--

PIHAK PENGURUSAN SPR UTeM AKAN MENGADAKAN SESI PEMILIHAN UNTUK AHLI JAWATANKUASA BARU SEKRETARIAT BAGI SESI 2009 SEPERTI KETENTUAN BERIKUT:

SESI 1
TARIKH : 20/09/2008
HARI : SABTU
MASA : 10.00 AM – 12.00 PM
TEMPAT : BILIK MESYUARAT MPP

SESI 2

TARIKH : 24/09/2008
HARI : RABU
MASA : 1.00 – 3.00 PM
TEMPAT : BILIK MESYUARAT MPP

TERBUKA KEPADA AHLI SPR UTeM & SEMUA MAHASISWA/SI UTeM YANG BERMINAT. KEHADIRAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. SILA BAWA GAMBAR BERUKURAN PASPORT.


:- Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Pazli(017-6832959), Amin(017-9741892), Hafizul(019-5986976)

BERSAMA KITA HAPUSKAN RASUAH!

Selamat Berpuasa dan Hari Raya daripada SPR UTeM


P/S: Sila klik gambar notis di atas untuk paparan lebih besar.

Wednesday, September 10, 2008

Lawatan Ke BPR Putrajaya (19/08/08)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA (UTeM) MELAKA


Pada 19 Ogos 2008 Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia, Putrajaya telah menerima satu lawatan sambil belajar daripada Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka. Objektif lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli sekretariat berkenaan dengan fungsi dan peranan BPR amnya dalam menghapuskan jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di Malaysia di samping tugas-tugas serta peranan yang perlu diambil oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah dalam membantu BPR. Di awal lawatan ahli sekretariat telah dibawa melawat ke galeri BPR dan seterusnya dipertontonkan dengan tayangan video korporat BPR. Taklimat lawatan telah disampaikan oleh PPs. Mohd Nazri bin Hj. Ismail. Persembahan bermesej pula menyusul diakhir lawatan dimana persembahan tersebut telah disampaikan oleh 'penceramah bergitar' PkPs. Mohd Radzi bin Omar.


Objektif lawatan ini diadakan bagi pihak SPR UTeM sendiri ialah:

1. Mengadakan hubungan diplomatik secara terus dengan BPR Malaysia.
2. Merapatkan lagi silaturahim di antara pihak SPR UTeM dengan BPR Malaysia.
3. Menambahkan lagi pengetahuan mengenai peranan Bahagian Pendidikan Masyarakat di BPR.




Gambar Lawatan:














Sunday, August 3, 2008

Hari Kedua, ketiga dan Majlis Perasmian Program 72 Jam Bersama SPR UTeM


Hari kedua Program 72 Jam Bersama SPR UTeM berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran kira-kira 400 pelajar ke program ini. Aktiviti yang berlangsung pada hari ini ialah Pameran, Pementasan Bermesej, Tayangan Video dan Kuiz pada sebelah siang serta pada sebelah malam berlangsung pula Ceramah “Perpekstif Rasuah di Universiti”(Khas kepada Majlis Tertinggi Kelab/Persatuan, MPP) yang mendapat sambutan hangat daripada kalangan pelajar dan staf UTeM.









Hari ketiga program ini berlangsung dengan jayanya,walaupun terdapat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, namun perkara-perkara ini dapat ditangani dan tidak mencacatkan perjalanan program ini secara keseluruhannya. Kehadiran pelajar melebihi 700 orang secara keseluruhan boleh dianggap membanggakan kerana SPR UTeM adalah pertubuhan baru di UTeM. Tahniah SPR UTeM !

Aktiviti yang berlangsung pada hari ini ialah
Pameran, Pementasan Bermesej, Tayangan Video dan Kuiz pada sebelah pagi serta pada sebelah petangnya menyusul Ceramah “Rasuah oh Rasuah”,Perasmian SPR UTeM berserta Pelancaran Laman WEB SPR UTeM yang gilang-gemilang Oleh Pengarah BPR Melaka,Penyampaian Hadiah kepada pemenang kuiz dan Cabutan Bertuah (tahniah pada yang berjaya) dan akhir sekali Penyampaian Cenderahati di antara BPR Melaka dan pihak SPR UTeM. Untuk makluman, aktiviti perasmian ini mendapat liputan daripada pihak Utusan Malaysia, Sinar Harian dan Melaka Hari Ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak media berkenaan yang membantu memperkenalkan SPR UTeM kepada seluruh rakyat Malaysia.






Secara keseluruhannya kami dari pihak SPR UTeM mengucapkan sekalung penghargaan kepada mereka-mereka yang terlibat menjayakan program ini. Terutamanya kepada pihak BPR Melaka, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UTeM, Biro-biro dan ajk-ajk yang terlibat di dalam menjayakan program ini serta tidak lupa kepada para pelajar dan staf yang sanggup meluangkan masa ke program ini, demi satu tujuan untuk bersama-sama menghapuskan rasuah. Segala kesilapan kami mohon seribu kemaafan dan beri peluang untuk kami perbaiki pada program lain di masa akan datang. InsyaAllah.

"Bersama Kita Hapuskan Rasuah!"

P/S : Selepas ini kami mungkin akan berkunjung ke BPR Putrajaya, nantikan berita-berita terbaru daripada kami.

Wassalam