Sunday, August 3, 2008

Hari Kedua, ketiga dan Majlis Perasmian Program 72 Jam Bersama SPR UTeM


Hari kedua Program 72 Jam Bersama SPR UTeM berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran kira-kira 400 pelajar ke program ini. Aktiviti yang berlangsung pada hari ini ialah Pameran, Pementasan Bermesej, Tayangan Video dan Kuiz pada sebelah siang serta pada sebelah malam berlangsung pula Ceramah “Perpekstif Rasuah di Universiti”(Khas kepada Majlis Tertinggi Kelab/Persatuan, MPP) yang mendapat sambutan hangat daripada kalangan pelajar dan staf UTeM.









Hari ketiga program ini berlangsung dengan jayanya,walaupun terdapat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, namun perkara-perkara ini dapat ditangani dan tidak mencacatkan perjalanan program ini secara keseluruhannya. Kehadiran pelajar melebihi 700 orang secara keseluruhan boleh dianggap membanggakan kerana SPR UTeM adalah pertubuhan baru di UTeM. Tahniah SPR UTeM !

Aktiviti yang berlangsung pada hari ini ialah
Pameran, Pementasan Bermesej, Tayangan Video dan Kuiz pada sebelah pagi serta pada sebelah petangnya menyusul Ceramah “Rasuah oh Rasuah”,Perasmian SPR UTeM berserta Pelancaran Laman WEB SPR UTeM yang gilang-gemilang Oleh Pengarah BPR Melaka,Penyampaian Hadiah kepada pemenang kuiz dan Cabutan Bertuah (tahniah pada yang berjaya) dan akhir sekali Penyampaian Cenderahati di antara BPR Melaka dan pihak SPR UTeM. Untuk makluman, aktiviti perasmian ini mendapat liputan daripada pihak Utusan Malaysia, Sinar Harian dan Melaka Hari Ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak media berkenaan yang membantu memperkenalkan SPR UTeM kepada seluruh rakyat Malaysia.






Secara keseluruhannya kami dari pihak SPR UTeM mengucapkan sekalung penghargaan kepada mereka-mereka yang terlibat menjayakan program ini. Terutamanya kepada pihak BPR Melaka, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UTeM, Biro-biro dan ajk-ajk yang terlibat di dalam menjayakan program ini serta tidak lupa kepada para pelajar dan staf yang sanggup meluangkan masa ke program ini, demi satu tujuan untuk bersama-sama menghapuskan rasuah. Segala kesilapan kami mohon seribu kemaafan dan beri peluang untuk kami perbaiki pada program lain di masa akan datang. InsyaAllah.

"Bersama Kita Hapuskan Rasuah!"

P/S : Selepas ini kami mungkin akan berkunjung ke BPR Putrajaya, nantikan berita-berita terbaru daripada kami.

Wassalam