Friday, October 31, 2008

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR


Di sini pihak SPR UTeM ingin mengucapkan kepada semua pelajar UTeM semoga maju jaya dalam menempuh peperiksaan akhir yang akan bermula pada 3hb November 2008 ini. Di harapkan apa yang telah dipelajari sepanjang semester ini dapat di aplikasikan bukan saja dalam peperiksaan malah dalam kehidupan harian juga kerana kita belajar bukan kerana peperiksaan semata-mata tetapi untuk masa depan yang masa belum diketahui hujung pangkalnya. Akhir kata dari pihak SPR UTeM, moga apa yang telah dipelajari diberkati tuhan dan selamat menjawab peperiksaan akhir.

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI SPR UTeM 2009

Berikut adalah aktiviti terbaru yang bakal dijalankan oleh SPR UTeM dalam proses untuk memantapkan lagi struktur organisasi bagi sesi 2009 nanti.

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI SPR UTeM 2009
24-26 NOVEMBER 2008

DIADAKAN DI
D'NELAYAN BEACH RESORT, MELAKA

ANJURAN
SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH UTeM

DENGAN KERJASAMA
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR UTeM
BADAN PENCEGAH RASUAH MELAKA


OBJEKTIF :
  • mendedahkan teknik-teknik asas SPR seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran organisasi yang penting diketahui dan diamalkan oleh ahli-ahli sekretariat.
  • untuk melahirkan sifat kepimpinan, bertanggungjawab dan mesra di kalangan ahli-ahli SPR UTeM.
  • memastikan SPR UTeM mempunyai pelapis yang mantap.
  • menanamkan nilai-nilai murni dalam diri mahasiswa ke arah melahirkan masyarakat yang berintergirti.

Akhir kata, diharapkan program ini dapat memberi sesuatu yang berguna kepada semua ahli-ahli sekretariat dan sokongan daripada semua amatlah digalakkan untuk memantapkan lagi organisasi SPR UTeM di universiti ini.

Tuesday, October 14, 2008

Selamat Hari Raya dan cerita baru SPR UTeM




Salam,

  Diharapkan tidak terlewat untuk mengucapkan, Selamat Hari Raya kepada semua pihak daripada  SPR UTeM, harap maafkan salah dan silap sebelum ini. Walaupun berbeza pendapat daripada segi apa pun. Ketepikan itu untuk kemandirian persahabatan dan silaturrahim kita semua. Tak guna kita bergaduh disebabkan berbeza pendapat, kerana masing-masing punya pendirian. Yang penting saling memahami dan hidup harmoni. Kita tak boleh memaksa orang untuk sependapat dengan kita, tapi sekurang-kurangnya kita menghormati prinsip dan pegangan orang lain serta orang lain pun perlu buat begitu kepada diri kita.
  SPR UTeM sekarang dalam perolehan kuasa dan 1 kursus Pemantapan Organisasi akan diadakan pada minggu hadapan untuk menyediakan majlis-majlis tertinggi baru  untuk menggalas tanggungjawab sebagai proksi BPR di UTeM iaitu menjalankan tugas untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya rasuah kepada negara serta melahirkan rasa benci dikalangan mahasiswa kepada amalan rasuah seterusnya diharapkan dapat mencegah amalan rasuah ini dari terus menular ke dalam budaya masyarakat Malaysia. SPR UTeM berkemungkinan akan berpindah ke kampus tetap dalam masa terdekat dan tidak lagi menumpang di bilik Kelab Debat dan Pidato di Kampus Industri. Kami berharap majlis tertinggi baru dan perpindahan ke kampus tetap ini akan dapat menguatkan peranan SPR UTeM dalam mencegah budaya rasuah di IPTA amnya. 
 Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Wassalam